Wednesday, October 2, 2013

Seronok berblogging..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip entri pada hari ini..alhamdulillah..

Sejak berblogging ni, wanie sangat-sangat rasakan perbezaan..bukan perbezaan dari segi apa la, cuma wanie rasa dunia berblogging ni lebih seronok dan best dari lain-lain laman sosial yang wanie ada...tak banyak pun, cuma ini yang ada, selain facebook, skype, emel dan lain-lain lagi..sebab apa ye, sebab wanie dapat rasakan ukhuwah yang terjalin dalam berblogging ni lebih erat walaupun di alam maya...seronok rasanya bila dapat berkongsi cerita, pendapat, dan bertambah kenalan dari pelbagai negeri, status, dan peringkat umur.

Pada mulanya, wanie tak pernah terfikir yang dunia berblogging ni sebegini indahnya, tak pernah terfikir yang blog ini akan ada follower dan pembaca..alhamdulillah,walaupun tak ramai, tapi ada juga yang sudi singgah, baca, komen dan jadi follower blog ini..terima kasih yang tidak terhingga kepada semua.Wanie sangat-sangat terharu dan gembira..

Antara sahabat blogger yang rajin singgah sini adalah seperti Kak Aiza, Fais, Kak Mieza, Pha is, aku penghibur, dan ada beberapa yang lain..walaupun mereka merupakan blogger yang glamor, dan ramai follower, tapi sudi juga singgah ke blog ini..terima kasih kepada semua.

Sebenarnya, wanie mula-mula rasa excited nak tahu dunia blogging ialah selepas wanie join segmen Fizi Zaidi dengan blogger ohsem tu..kalau tak silap,tu segmen pertama yang wanie join, dan dari situlah kak Aiza, Cik Akak, dan yang lain-lain mula mengikuti blog ini..kalau tak dari situ entah-entah sampai sekarang blog ni masih belum ada follower..hihi..

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi singgah ke blog ini..Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya...kepada yang wanie tak mention kan nama tu, anda juga special ye...semua yang pernah singgah sini, anda semua sangat istimewa pada wanie...

P/S : Kalau wanie belum blogwalking blog kalian, maaf ye, bukan sombong, cuma kekangan masa..insyaAllah, wanie akan terjah semua blog yang pernah singgah di sini..insyaAllah..:) 




21 comments:

  1. banyak manisnya berblogging, mama pun dapat rasa. dalam hati ini macam ada taman. mama tak rasa keseorangan. mama bangga punya ramai kawan dalam erti kata sahabat.... :)

    nanti tinggalkan alamat kat kotak komen mama pun takpe. mama takkan publishkan komen tu... mama tak reti beremail bagai ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mama..wanie juga rasa macam tu..seronok dapat tambah kawan lagi-lagi yang friendly dan saling support kita..:D
      Done mama..

      Delete
  2. semoga ukhwah yang terjalin antara kita di alam maya akan terus berkekalan... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak..di alam nyata juga insyaAllah..;D

      Delete
  3. Haah saya pun dapat rasakan best lagi berblog.Dapat kongsi cerita,dapat kenalan baru 1 Malaysia.
    Seronok ni baca entri blog yang lain.Tahniah wanie sudah ramai follower kan.Saya pun blog baru juga :)
    Teruskan usaha wanie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih asha..betul tu..rasa seronok dapat berkongsi cerita kan..semoga berjaya Asha..:)

      Delete
  4. selamat kenal. jom kita blogwalking...klik iklan....ada masa kita buat..perlahan-lahan lama-lama jadi bukit walaupun merangkak macam kura2. janji hati mesti ikhlas dan baik.

    ReplyDelete
  5. hihi...cik akak singgah nie...ada kuih tak..hahaha

    tak pe...pentingkan dulu yang lebih penting...blog bila2 boleh tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..terima kasih sudi singgah sini cik akak..ye..betul tu..:D

      Delete
  6. Mmg seronok berblogging.. cuma kekadang tu masa jelah yg buat x seronok sbb x sempat hehe.. lain2 mmg seronok. Klik abg Nuff kasi tambah seronok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..masing-masing ada tugas dan tanggungjawab masing-masing kan..terima kasih ye..:)

      Delete
  7. betul tu..kawan2 dekat blog biasanya lebih mesra dan ramah..dan kita boleh selalu bertukar2 idea..so banyak kelebihan kat situ kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..betul tu akmal..seronok kan dapat kongsi cerita..banyak perkara yang kita boleh tahu dan jadikan pengajaran berdasarkan pengalaman orang lain..:)

      Delete
  8. Mmg syok berblogging =) lg syok dr fb kn..mcm2 boleh kongsi..selain tu dpat join pelbagai segmen dan menang hadiah..inshaa'Allah semoga ikatan ukhwah ni berkekalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay..menang hadiah..hehe..betul tu fais..memang lagi syok dari fb pun..hihi..yup..ukhuwah fillah..:)

      Delete
  9. Betul tu wanie..sya pun dpt ramai kwn yg sdi singgah ke blog..lg best dr lman2 sosial yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sya..sangat seronok dan terharu bila ada yang sudi singgah..:)

      Delete
  10. blogging memang best :) dapat berkongsi apa yang kita tahu, apa yg kita ada kan? )

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan dari ciklaili.com.
    jangan jemu untuk berblog ye :)

    ReplyDelete