Monday, July 14, 2014

Bukan Hanya di Jari

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat blogger.

Seperti yang kita sedia maklum, dunia sekarang sedang kecoh dengan isu kekejaman Israel kepada Palestin, saudara seagama kita. Jadi, semua yang prihatin pun telah melakukan pelbagai cara untuk membantu penduduk Gaza. Antara yang dilakukan adalah seperti menyumbangkan dana kepada tabung kebajikan Gaza, memboikot barangan Israel, dan senjata paling kuat kita iaitu berdoa.
   
       Namun, sekarang ni Wanie perasan macam dah jadi 'trademark' setiap individu untuk 'hashtag'
#prayforgaza, #gazaunderattack dan sebagainya. Tapi ada satu kes yang pada masa yang sama dia sendiri pergi makan di McD. Jadi, apakah? Mungkin sebilangan dari kita, hanya nakkan perhatian orang yang akan mengganggap dirinya seorang yang prihatin, tapi hakikatnya?

       Jadi, muhasabah diri, adakah kita benar-benar #prayforgaza? adakah kita benar-benar seperti apa yang kita tulis dan kita 'hashtag' kan di Twitter, Facebook dan sebagainya? Jangan hanya di jari, semoga kita benar-benar dapat sematkan dalam hati dan doa, supaya Allah memberi kekuatan kepada penduduk Israel. Sesungguhnya, kemenangan sudah pasti akan menjadi milik Islam jua nanti.


P/s- Terima kasih sudi luangkan waktu singgah dan baca di sini.. :D


4 comments:

  1. Betul tu... semoga ianya dipraktikkan sbg doa dgn bersungguh2... Allahuakbar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..insyaAllah..Allah bersama mereka..Allahu..

      Delete
  2. Berdoa dan terus berdoa buat mereka

    ReplyDelete