Saturday, August 23, 2014

Setiap manusia, berlainan rezekinya..

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu buat semua pembaca dan rakan blogger. Macam biasalah, bila weekend, blog macam sedikit suram, tak berapa meriah macam hari biasa. Mungkin masing-masing sibuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Yelah, keluarga diutamakan, kan?

Bagi wanie pula, bila hujung minggu la masa yang paling banyak dihabiskan untuk blog, terutamanya untuk blogwalking ke blog-blog yang sudi singgah ke blog wanie nie. Terima kasih ye semua.

Baiklah, berkenaan dengan tajuk entri wanie, betullah kan, setiap manusia ni lain-lain rezekinya. Ada yang diberi rezeki anak ramai walaupun hidup sederhana, ada yang tiada anak tetapi diberi rezeki hidup mewah dan kaya raya, ada yang diberi rezeki dapat menimba ilmu ke peringkat yang paling tinggi, dan banyak lain. Apa yang paling penting bagi kita manusia ialah sentiasa berusaha, bersangka baik dengan Allah dan redha dengan ketentuan-Nya. Kita kena percaya, Allah adalah sebaik-baik perangcang. Kita hanya mampu berusaha, dan Allah yang menentukannya. Dalam hidup wanie sendiri, terlalu banyak yang wanie belum dapat capai. Tapi wanie percaya, bila kita berusaha, Allah akan berikan jalan yang terbaik untuk kita.

Boleh jadi apa yang kita suka sebenarnya tidak baik untuk kita..
Manakala yang kita tidak suka adalah yang terbaik buat kita..

Teruskan berusaha dan berdoa, biar Allah yang menentukan yang terbaik untuk kita..

(Gambar Google)

Friday, August 22, 2014

Hari yang Suram

Assalamualaikum..

Tak tahu kenapa, hari ini terasa suram, sedih dan pilu je. Dari kat tempat kerja, sampai balik rumah, mood tak berapa nak baik..Tak tahulah kalau-kalau terbawa-bawa perasaan sempena hari berkabung pada hari ini.

Tapi kita semua memang tidak dapat nak nafikan lah kan, perasaan sedih tu memang ada walaupun mangsa mungkin saudara jauh kita sahaja. Saudara seislam, senegara. Tapi macam manapun, kita dapat menyelami perasaan yang dirasai oleh keluarga mangsa.

Berbalik pada perasaan wanie yang suram hari ni, wanie tak tahu lah kenapa. Rasa serba tak kena. Nak berblogwalking pun tak tahu nak dari mana. Rasa macam...entahlah.. Nak makan pun takde selera ni..haihh...ke nak demam ye? Moga dijauhkan..

(Gambar Google)