Saturday, August 23, 2014

Setiap manusia, berlainan rezekinya..

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu buat semua pembaca dan rakan blogger. Macam biasalah, bila weekend, blog macam sedikit suram, tak berapa meriah macam hari biasa. Mungkin masing-masing sibuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Yelah, keluarga diutamakan, kan?

Bagi wanie pula, bila hujung minggu la masa yang paling banyak dihabiskan untuk blog, terutamanya untuk blogwalking ke blog-blog yang sudi singgah ke blog wanie nie. Terima kasih ye semua.

Baiklah, berkenaan dengan tajuk entri wanie, betullah kan, setiap manusia ni lain-lain rezekinya. Ada yang diberi rezeki anak ramai walaupun hidup sederhana, ada yang tiada anak tetapi diberi rezeki hidup mewah dan kaya raya, ada yang diberi rezeki dapat menimba ilmu ke peringkat yang paling tinggi, dan banyak lain. Apa yang paling penting bagi kita manusia ialah sentiasa berusaha, bersangka baik dengan Allah dan redha dengan ketentuan-Nya. Kita kena percaya, Allah adalah sebaik-baik perangcang. Kita hanya mampu berusaha, dan Allah yang menentukannya. Dalam hidup wanie sendiri, terlalu banyak yang wanie belum dapat capai. Tapi wanie percaya, bila kita berusaha, Allah akan berikan jalan yang terbaik untuk kita.

Boleh jadi apa yang kita suka sebenarnya tidak baik untuk kita..
Manakala yang kita tidak suka adalah yang terbaik buat kita..

Teruskan berusaha dan berdoa, biar Allah yang menentukan yang terbaik untuk kita..

(Gambar Google)

25 comments:

  1. memetik kata2 Allahyarhamah Biduanita negara Datuk Syarifah Aini, harta yg paling bernilai baginya adalah anaknya.. kerana nnt apabila beliau mati anak itulah yg akan mendoakannya
    .
    Betul tu.. Walaupun hidup sederhana tp mempunyai anak yg ramai InsyaAllah ianya akan menjadi saham di akhirat kelak. :)

    ReplyDelete
  2. betul tu..rezeki masing2..Allah dah buat perancangan yang indah untuk kita, jadi kita hanya perlu berusaha dan terus berusaha ^_^

    ReplyDelete
  3. Rezeki masing2 lain kan? Itu lah. Kena usaha, doa and tawakal. Wuwuwuw

    ReplyDelete
  4. betul tu...Allah berikan hanya yang terbaik buat kita...

    ReplyDelete
  5. Betul tu wanie, setiap makhluk tu telah ditentukan rezekinya.. usaha dan doa ..

    ReplyDelete
  6. setuju dengan entry wanie ni.. terus berdoa dan berusaha.. inshaaAllah akan tercapai. ameen :)

    ReplyDelete
  7. setuju. lain-lain rezeki, tapi itulah yang terbaik utk kita :)

    ReplyDelete
  8. betul! semua manusia memperoleh rezeki berbeza2...

    ReplyDelete
  9. Setiap manusia telah ditentukan rezekinya... Berkat usaha Insha Allah dapat jua ^_^

    ReplyDelete
  10. Yang penting kita sentiasa bersyukur dan terima seadanya rezeki yang diberiNya.. Usaha dan sentiasa bertawakal... Satu peringatan yang baik utk pedoman kita semua. Tq sis

    Komen No 331
    http://jomsantaisekejap.blogspot.com/2014/08/jom-blogcomments-4.html

    ReplyDelete
  11. betul tu, rezeki setiap orang tak sama..

    ReplyDelete
  12. kan..?? Allah bagi apa yang kita perlu aje :)

    ReplyDelete
  13. Betul , setiap orang ada rezeki masing-2 just cara untuk dapatkannya adalah berbeza :D

    ReplyDelete
  14. betol tu kak.. pintu rezeki setiap orang berlainan.. Allah dah tentukan semua tu...

    ReplyDelete
  15. Yap btl tu sependpt juga dgn lya..kita masing2 suda di tentukn dgn rezki masing2

    ReplyDelete
  16. Tengah badmood gila. Rasa terhibur baca entri akak. :')

    ReplyDelete
  17. Yakin dengan ketentuan Allah, insyaallah hati akan tenang

    ReplyDelete
  18. Setuju sgt...jadi kesimpulan nya kita perlu sentiasa BERSYUKUR dengan REZEKI yang Allah beri tanpa HAD dan balasan nya. Marilah kita sentiasa melaksanakan PERINTAH Allah

    ReplyDelete
  19. betul. setiap orang berbeza cerita hidup dia. ALLAH bagi dia rezeki tu sebab dia lagi memerlukan berbanding kita. and berbalik kepada kita juga.

    so, bersyukur dengan apa yang ada sekarang ^^,

    ReplyDelete
  20. always... senyum. dan tak cepat merungut. bersyukur dengan apa yang ada. rezeki ada di mana mana saja. watlek watpeace. hehe

    ReplyDelete
  21. Allah itu Maha Adik, Maha Mengasihani & Maha Pemurah... rezeki pasti ada... aamiin.

    ReplyDelete
  22. Rezeki yg Allah bg kadang dtg dlm keadaan yg x disangka. Maka bersyukur dgn rezeki yg ada. Nice entry :)

    ReplyDelete
  23. akak selalu hari minggu mmg tak update blog jugak.. selalunya akan luangkan masa create entri siap2 n bw kat blog kengkawan.. =D

    ReplyDelete
  24. Betul..Allah dah tentukan rezeki masing-masing.

    ReplyDelete
  25. Allah bagi rezeki dalam pelbagai bentuk.
    Boleh refer sini ~ Bersyukurlah..

    ReplyDelete